I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday 9 November 2011

Tatabahasa 2

Peribahasa ialah ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi pengertian yang tertentu. Jenis-jenis peribahasa adalah seperti:

Simpulan Bahasa
- merupakan bentuk peribahasa yang paling ringkas dan biasanya terdiri daripada dua patah perkataan.
- membawa maksud yang berlainan daripada maksud perkataan yang membentuknya.
- digunakan untuk menggambarkan ciri-ciri, sikap atau tabiat seseorang.

Perumpamaan
- ialah susunan kata-kata yang indah, ringkas dan kemas serta mempunyai maksud tersirat. Biasanya, perumpamaan dimulai dengan kata 'bagai', 'ibarat', 'laksana', 'seperti' dan 'umpama'.

Bidalan
- adalah susunan bahasa yang menarik dan mudah 'melekat di mulut orang ramai'. Ia merupakan bahasa kiasan yang digunakan untuk melahirkan fikiran yang tajam, tepat, mengandungi perbandingan, teladan, pengajaran, nasihat dan kata-kata hikmat.

Pepatah
- seakan-akan sama dengan bidalan tetapi mempunyai rangkaian perkataan berkerat-kerat atau berpatah-patah.

Perbandingan
- bermakna boleh dilakukan menerusi dua cara, iaitu melalui perbandingan rupa bentuk dan melalui perbandingan sifat.

Kata-kata hikmat
- merupakan kata-kata indah yang sesuai dijadikan motivasi dan pengisian jiwa.

Tatabahasa 1

Kata Nama terbahagi kepada dua, iaitu Kata Nama Am dan Kata Nama Khas.

Kata Nama Am - kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu sama ada bernyawa atau tidak.
- manusia / orang (ayah. lelaki, ibu, perempuan, kerani, polis, guru, murid)
- haiwan / binatang (ayam, gajah, kerbau, kuda, kambing, ikan)
- tumbuh-tumbuhan (betik, bunga, rumput, lalang)
- benda (pasir, rumah, radio, meja, buku)
- tempat (sekolah, pejabat, rumah, hospital)

Kata Nama Khas - kata nama yang khususnya digunakan untuk menyebut sesuatu benda sama ada bernyawa atau tidak.
- manusia (Cik Suzanah, Puan Faridah, Encik Rattis, Dr. Justin)
- haiwan (Bingo, Blacky, Nemo, Sang Kancil)
- tempat (Sabah, Malaysia, Kampung Nagapas, Papar)
- benda (Viva, Proton Saga, Blackberry, Nokia, Samsung, Adidas)
                             

Monday 7 November 2011

Kata-kata hikmat @ Usaha Tangga Kejayaan

Bermaksud : "Rajin berusaha membawa kejayaan." Dalam erti kata lain, jika kita rajin belajar tentu kita pandai.